Tahniah! Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Dengan Dua Kali Lafaz

Dengan dua kali lafaz, penyanyi terkenal, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli, 23 selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19.

Pada awalnya penyanyi lagu Tergantung Sepi itu dilihat sedikit gementar pada lafaz pertama sebelum lafaz kedua berjalan dengan lancar.

Selamat bergelar suami

Mereka juga telah dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad pada 3.40 petang di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Cyberjaya.

Menerusi perkongsian yang dibuat secara IG live di media sosial Haqiem, dia telah memberikan RM300 sebagai mas kahwin kepada isteri tersayang.

Beri hantaran RM100,0000

Difahamkan, menurut temubual bersama Kosmo! Haqiem Rusli memberikan RM100, 000 sebagai hantaran kepada isteri.

Paling mencuri perhatian semestinya cincin perkahwinan yang diberikan Haqiem buat isterinya yang bertakhtakan batu berlian, Hearts of Fire iaitu berlian terbaik dunia.

Sebelum ini, penyanyi muda tersebut telah membuat kejutan dengan memaklumkan bakal bernikah pada 19 November 2021 ketika mengambil trofi yang dimenangi untuk kategori Penyanyi Lelaki Paling Popular Xiomi di pentas Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH34).

Hal ini membuatkan ramai pihak tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang menjadi pilihan hati penyanyi tersebut memandangkan dia mempunyai peminat yang ramai dalam kalangan remaja.

Difahamkan, resepsi perkahwinan mereka akan dijalankan pada hari yang sama dan pengacara, Fedtri Yahya akan bertindak sebagai pembawa acara untuk majlis berkenaan.

 

Sumber: Kosmo! (Nur Emira Saizali), Instagram haqiemrusli, tv3malaysia, Twitter fedtriyahya

Artikel Berkaitan   Inilah Cara Guna Daun Salam Untuk Merawat Kencing Manis Dan Kolesterol