Perkahwinan penyanyi terkenal, Haqiem Rusli dan pasangannya Anis Sofea, 19pada Jumaat 19 November 2021 sememangnya menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, majlis perkahwinan yang digelar ‘Wedding Of The Year’ susulan kos keseluruhan dianggarkan hampir mencecah RM7 juta itu berlangsung dengan meriah namun masih mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Dalam majlis resepsi pada sebelah malam, Haqiem dan Sofea memilih tema Floral Garden persis taman kayangan dengan rona pastel memandangkan Anis Sofea sangat meminati drama Korea.
Majlis berjalan dengan cukup indah dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai walaupun terbatas.
Menangis nyanyi lagu untuk isteri
Namun begitu, ketika Haqiem mendendangkan sebuah lagu buat isteri tercinta, dia kelihatan sedikit sebak sehingga menghentikan seketika nyanyian.
Apa yang menjadi sorotan adalah tindakan isterinya yang berada disisi memujuk serta menenangkan suaminya dengan lembut sehingga tular di media sosial terutamanya di TikTok.
@dr.najminajhantetiba datang seban weh🥺🤍 #haqiemrusli #anissofea #wedding #fyp @haqiem_1998
@leosbunnieTulusnya dia menyayangi wife dia sampai menangis time nyanyi 🤍🥲 one in a million ✨ #haqiemrusli #wedding
Perkongsian-perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh para peminat penyanyi muda itu yang berasa momen berkenaan sangat ‘sweet’.
Tak hanya itu, Instagram Kosmo Online juga turut sama membuat posting nyanyian Haqiem yang membawakan lagu dari Anji bertajuk Dia khas buat Sofea.
Yang tengok pula rasa sebak
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyifatkan tangisan Haqiem Rusli sebagai sesuatu yang berharga.
Mana tidaknya, ramai yang beranggapan bahawa air mata lelaki adalah sangat bernilai jika dia menitiskan untuk seorang wanita yang sangat dicintainya.
Nampak isteri dia cukup matang
Beruntung wanita ada lelaki sanggup nangis demi dia
Nampak keikhlasan seorang lelaki
Menangis ex dia kalau tengok ni
Sumber: Instagram Kosmo_online, qimieliorise98, TikTok dr.najminajhan, @leosbunnie