Dari Pelakon kini Menjadi Wakil Rakyat , Dira Bersyukur Menang DiHati Rakyat

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidira Abu Zahar atau Dira di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berjaya menewaskan dua lagi calon lain di kawasan tersebut.


Keputusan tldak rasmi ketika ini, Khaidirah telah berjaya mendahului calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman dengan 4,037 undian.

Azalina ketika ini hanya mendapat 2,710 undian. -K! ONLINE

Dira Abu Zahar Ikut Jejak Langkah Bapa Bertanding PRN Melaka

Pelakon, pengacara dan ahli politik Datuk Dira Abu Zahar menyahut cabaran bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November depan kerana mahu kembali berbakti kepada masyarakat.

Menurut Dira, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya iaitu Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan.

Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.

Perkara tersebut turut dikongsi Dira menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat dan orang ramai.

Ujar Dira lagi, banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu untuk menjadikan Melaka sebuah negeri maju dan dia percaya legasi kecemerlangan pentadbiran tersebut perlu diteruskan semula.

Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak dalam Parlimen Jasin dan akan berdepan dua calon masing-masing mewakili Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Selain itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ini juga memohon masyarakat dan penduduk DUN tersebut supaya memberinya peluang berbakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

SSaya rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, calon nombor tiga.

Tambah Dira, keputusannya untuk bertanding bagi DUN Rim tersebut juga kerana ia merupakan kampung tempat dia membesar dan begitu dekat di hatinya.

Sekadar info, PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan akan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

Sumber : theupdatenews24.com/