Loya Minum Kopi, YouTuber Dilabel Pengotor – “Perangai Elok Sikit, Takde Adab”

Tindakan seorang YouTuber ‘memuntahkan’ semula minuman yang dibeli dari sebuah restoran aneka pilihan kopi popular mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.


Seorang pengguna laman Twitter, @ainzafiyra berkongsi dua tangkap layar video TikTok milik YouTuber itu yang memaparkan aksi loya gadis tersebut selepas merasai minuman kopi berasaskan Iced Vanilla Latte.

Tegas @ainzafiyra, YouTuber berkenaan sepatutnya perlu menjaga adab dan tingkah laku meskipun tidak menggemari minuman yang diberi nama ‘Air Sally’ itu apatah lagi berada di hadapan makanan.

“Aku tak kisah kalau kau tak suka air tu skalipun. Tolonglah perangai elok sikit. Tu makanan kot. Perangai tak senonoh betul. Kau nak view naik pun buat content elok sikit boleh tak? Menyirap pulak,” tulis pengguna Twitter terbabit.

Difahamkan, YouTuber yang memiliki 658,000 ‘subscribers’ di saluran YouTube itu ke restoran tersebut bagi menghasilkan videonya berkaitan minuman berkenaan yang kini mencecah hampir 170,000 tontonan.

Posting di Twitter itu diulang kicau hampir 5,000 kali dan ratusan komen netizen yang rata-rata mengakui YouTuber terbabit sering menimbulkan masalah sejak dulu lagi.

Malah, segelintir netizen menyifatkan tindakan YouTuber tersebut adalah pengotor serta mendakwa mungkin sengaja mahu meraih perhatian semata-mata dengan melakukan aksi menjelekkan.

Dah separuh baru rasa loya?

Dari dulu memang macam tu

Budak2 je layan video bod*h geng2 dorang

Tak suka orang buat gurau pasal makanan!

Dah separuh buat muntah bagai

Kalau tak sedap, diam.. tak payah tunjuk

Terdahulu, YouTuber berkenaan beberapa kali menjadi tular di media sosial gara-gara perangai ‘peliknya’ selain pernah muncul dalam program Motif Viral yang popular suatu ketika dahulu.

Sumber: Twitter @ainzafiyra