Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima terharu apabila dipertemukan dengan ‘atok Grab’ selepas warga emas yang bekerja sebagai penghantar makanan itu menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
@danielashraf1370kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih
Menerusi satu posting di laman Instagram, pemilik nama Nor Ashima Ramli itu meluahkan rasa syukur namun tidak menyatakan tujuan sebenar dia bertemu dengan lelaki berusia 68 tahun itu.
“Alhamdulillah, jumpa juga ‘atok Grab. Terima kasih @bellhadidd_ bawa Shima jumpa atok,” tulis penyanyi berusia 29 tahun itu.
Bagaimanapun, sebelum bertemu dengan warga emas itu, niat murni Shima disalah tafsir oleh segelintir individu yang mendakwa kononnya sengaja mahukan publisiti atas kesusahan hidup orang lain sekali gus dapat menutup kontroversi dihadapi sebelum ini.
Tidak membiarkan netizen membuat pelbagai spekulasi, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menjelaskan dia sudah terbabit dengan aktiviti kebajikan sejak dulu lagi namun kebaikannya seolah-olah tidak dilihat oleh orang ramai.
“Bukan nak tutup cerita (kontroversi) atau apa pun, nak cari atok Grab ni pun jadi masalah juga ke? Ada yang kata baru kali pertama buat video baik? Ni mesti setiap kali Shima post video baik korang buat tak nampak je kan? Cari di YouTube ada banyak.
“Shima dari dulu ada je buat video kebajikan. Awak je yang buat-buat tak nampak dan kebajikan yang saya buat tanpa video tu pun perlu ke saya cerita? Ok lah, nanti kita bagi video gelek pula, jangan kecam juga,” luahnya kecewa.
Terdahulu, Shima dikecam teruk selepas tersebar fotonya di media sosial yang didakwa sedang ‘mencium’ seorang lelaki di dalam sebuah kelab malam.
Namun dia menjelaskan, foto tersebut adalah salah satu adegan dalam video muzik lagu terbaharunya yang berjudul Lalai.
Sumber: Instagram Baby Shima