“Silap i, percaya 100%..” – Usahawan Minta ‘Dilepaskan’, Suami Tenang Buat Umrah Dulu

Kemelut rumah tangga antara usahawan, Nur Amirah dan suaminya El Azman dilihat masih belum menemui noktahnya meskipun sudah beberapa hari menjadi perhatian warganet.

Terbaharu, El yang juga pengasas jenama Elrah Exclusive dipercayai berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya di sebuah lapangan terbang.

@elazmanUmrah #elrahexclusive #fyp #fypシ #fy

♬ Labaik Allahumma Labbaik (Talbiyah) – Shakir Khan Rahmani

Menerusi perkongsian beberapa InstaStory milik Nur Amirah pula, dia yang juga pempengaruh media sosial membuat luahan apa yang terbuku di hati yang berharap agar dirinya ‘dilepaskan’ oleh si suami.

‘Stay’ pun tiada guna, nak mulakan hidup baru

Moga kisah saya dijadikan pengajaran

Selain menyaran supaya tidak menggunakan lagi perkataan RAH dipercayai singkatan namanya bagi jenama bisnes tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada suaminya.

Silap saya percaya 100%

Doa banyak2, jangan lari dari masalah

Meninjau ke ruangan komen video TikTok berkenaan, ramai menyifatkan lelaki terbabit seolah-olah tiada rasa bersalah selepas didakwa tergamak membuang nama isterinya dari syarikat yang diusahakan bersama.

Namun, ada juga segelintir netizen berharap agar El atau nama penuhnya Muhd Hilmi Che Azman memperbanyakkan doa di Tanah Suci sekali gus dapat menemui jalan bagi menyelesaikan masalah yang melanda.

Takde rasa bersalah ke?

Selesaikan sesama manusia dulu!

Minta petunjuk di sana…

Bukan main tenang dalam sakiti bini?

Terdahulu, Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha melakukan pendedahan menerusi IG Live mendakwa namanya dibuang dari syarikat selepas meminta untuk berpisah.

Sumber: TikTok @elazman , Instagram Nur Amirah

Sumber : ohmymedia
Artikel Berkaitan   Gadis Yang Minta Hantaran 15k Rupanya Takde Ijazah Lagi Dan Netizen Mula Babitkan Ayah Dia Gila Duit. Gadis Ini Tampil Dan Ceritakan Kisah Sebenar