Jika kita merasa hidup kita sudah berasa susah, sebenarnya ada insan lain yang lebih hebat ujian dalam hidup mereka. Jadi, seharusnya kita lebih bersyukur dan membantu mana yang perlu buat mereka yang betul-betul dalam kesusahan.
Bantu pakcik di RnR
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Wan Abdul Hadi apabila memuat naik satu video ketika menceritakan momen dia membantu seorang warga emas berusia 66 tahun untuk menaiki bas.
@wh99z_Allah swt sedang menguji aku hmm😢 ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Dari Melaka nak balik Alor Setar
Menurutnya, dia dalam perjalanan balik dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur telah berhenti di Perhentian Rawat dan Rehat (RnR) sebelum bertemu dengan pakcik tersebut yang meminta bantuan untuk menghantarnya ke hentian Nilai.
Dia memaklumkan dari Melaka dan ingin pulang ke Alor Setar dengan menaiki bas. Tambahnya, dia datang ke Melaka atas tujuan melihat satu-satunya anak tersayang yang koma kerana mengalami kemalangan jalan raya.
Jenguk anak kemalangan, dah 3 hari duit habis
Pakcik tersebut juga menjelaskan yang anak perempuannya itu baru berusia 24 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Melaka dan baru 4 hari anaknya kemalangan. Isterinya pula telah meninggal dunia kira-kira 18 tahun yang lalu.
Anak alami kecederaan parah
Difahamkan, anak perempuan pakcik tersebut telah dilanggar di lampu isyarat berwarna merah dan dalam keadaan koma. Kedua-dua kaki dan tangan gadis tersebut patah, lehernya juga patah serta masih belum sedarkan diri.
Pakcik berkenaan ingin pulang ke Alor Setar kerana mahu menoreh getah untuk beberapa hari bagi mengumpul duit dan datang semula ke Melaka selepas duitnya habis kerana sudah 3 hari berada di negeri tersebut.
Redha jika anak diambil Tuhan
Dalam perbualan tersebut, pakcik berkenaan juga akui redha andai nyawa anaknya diambil oleh Allah S.W.T. Disebabkan sedih mendengar cerita warga emas tersebut, Wan Abdul Hadi telah mengambil keputusan untuk menghantar pakcik itu terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan memberikan sedikit wang poket untuknya pulang ke Alor Setar.
Hantar terus ke TBS
Semoga rezeki yang bantu & pakcik ni terus dipermudahkan
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet akui berasa sebak mendengar perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan. Mereka juga mendoakan agar anak pakcik tersebut segera sembuh dan warga emas serta lelaki yang membantunya dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
Ujian kita, kita tak tahu lagi
Sedih ya Allah terbayang ayah sendiri
Semoga setiap kesusahan akan muncul kesenangan
Terima kasih bro tolong bantu
Sumber: TikTok Wan Abdul Hadi