“Ni Lah Syurga Aku”, Sekali Ozlynn Tunjuk Bilik Rahsianya Dah Macam Groceries

Pelakon Ozlynn menarik perhatian peminat selepas berkongsi tempat penyimpanan stok barangan dapur di rumahnya.

Menerusi perkongsian terbaharu Ozlynn di hantaran Instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan ini memaklumkan ruangan simpan ini memudahkan untuk berkongsi rezeki dengan tetamu mahu pun adik-beradik yang memerlukan.

“Siapa tahu bilik rahsia aku ni memang akan dorang selongkar. Ini baru setempat. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam.

“Tisu tandas, tisu dapur, air zam-zam pun ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni.

“Beras Basmathi? Wangi? Biasa pun ada. Milo? Horlick? Black coffee? White coffee? Ada ruang khas dalam almari.

“Senang siapa tersedak atau terdesak kawan-kawan atau adik-beradik, memang dorang tahu nak selongkar mana.

“Inilah syurga aku. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Yang penting sebelum ambil kena ucap Alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ini memang aku paksa.

“Kaum Hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku daakan korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” kongsinya.

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan cara Ozlynn lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.

Selain itu mereka juga memuji sifat pemurah Ozlynn dan keluarganya yang suka berkongsi rezeki.

Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009.

Pasangan ini mempunyai enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Artikel Berkaitan   Tuhan Uji Pengantin Ni Sekelip Mata Tergamam Bila Bapa Pengantin Perempuan Berdiri Terus Tangguhkan Majlis Nikah Gara Gara Tok Kadi Nak Tengok Duit Hantaran.

Sumber: Gempak