Realiti Sebenar, Aktivis Sedih Lihat Kanak2 Bawah Umur Jadi Tauke Jual ‘Gam’

Masalah moral dalam kalangan remaja sejak dari dahulu lagi menjadi antara perkara yang menakutkan. Mana tidaknya, penerus generasi yang akan membangunkan negara telah terdedah dengan perkara-perkara tidak baik sehingga boeh menjejaskan masyarakat.

Jual gam sikit2

Hal ini samalah seperti yang dikongsikan oleh aktivis menggunakan nama Borneo Komrad apabila memuat naik tindakan seorang remaja bawah umur yang menjual gam secara kecil-kecilan bagi tujuan yang memudaratkan.

Setiap hari berhadapan dengan perkara gini

Perkara tersebut sememangnya sangat menyedihkan lagi-lagi aktivis dari Borneo Komrad sendiri mengakui hal berkenaan adalah sesuatu yang biasa terjadi di negeri tersebut.

Dapat dilihat remaja terbabit sudah tahu kuantiti gam yang ingin dibeli dengan harga 50 sen sahaja.

Ada ramai lagi kanak2 yang dah terjebak dengan perkara macam ni

Walaupun situasi tersebut dilihat sebagai satu bentuk gurauan kerana ramai mengatakan yang ‘tidak perlu bersusah payah untuk ke bulan’, namun disebalik gelak ketawa itu ada sesuatu yang membimbangkan dengan kehidupan generasi kita pada masa akan datang.

Perkara macam ni bukan jenaka

Realiti kehidupan disana

Sedih lihat perkara macam ni jadi

Muda2 sudah macam ni, apa yang kita nak harapkan dari mereka?

 

Sumber: TikTok @Borneokomrad

Artikel Berkaitan   Gangguan bekalan air selama 4 hari di Selangor