Lelaki Bogel Panjat Lori Berhenti Tular, Siap Beraksi ‘Spiderman’Di Tengah jalan

Perkara-perkara aneh yang berlaku di sekeliling kita sememgnya cepat viral apabila di muat naik ke media sosial.

Panjat lori dalam keadaan bogel

Hal ini samalah dengan perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @rudyakhbar_ apabila memuat naik video seorang lelaki dalam keadaan bogel memanjat bahagian hadapan sebuah lori di tengah jalan.

Situasi itu sememangnya agak ‘menggerunkan’ kerana lelaki tersebut langsung tidak berpakaian.

ADVERTISEMENT

Mungkin bukan warganegara Malaysia

Menerusi video tersebut, beberapa orang awam yang berada di situ memaklumkan berkemungkinan lelaki yang berlagak seperti Spiderman itu merupakan warga asing.

Mereka juga telah menghubungi pihak berkuasa bagi membantu memujuk lelaki itu turun dari lori dan tidak menggangu pengguna jalan raya yang lain.

Setakat ini, video yang dimuat naik akaun Twitter berkenaan telah ditonton lebih dari 1,000 viewers walaupun baru dua jam dikongsikan.

Rata-rata warganet masih tertanya-tanya punca mengapa lelaki tersebut bertindak nekad seperti itu dan membuatkan orang awam berasa tidak selesa.

Setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak dan diharap tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Twitter @rudyakhbar_

Artikel Berkaitan   Pelakon Nur 2 Pun Pernah Berlakon Cerita G4y – “Watak Kuny1t Ke Apa, Kalau Kamu Bagus, Kamu Tahu Apa Yang Kamu Lakukan”