Isteri Shuk Akui ‘Seksa’ Digantung Tak Bertali – “Sana Sini Dating, Tak Mengaku..”

Seperti kebiasaan, setiap luahan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Sera di media sosial sentiasa mengundang perhatian dan persoalan dalam kalangan netizen.


Seolah-olah belum menemui jalan penyelesaian, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah sekali lagi memuat naik beberapa InstaStory dipercayai berhubung suaminya.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, dia mengakui seolah-olah digantung tak bertali oleh suaminya itu yang didakwa sibuk bercinta dengan wanita lain sehingga sukar memberikan kerjasama antara mereka.

Tolonglah bagi kerjasama!

Tegas Sera, dia memohon suaminya yang juga pengacara program I Can See You Voice (ICSYV) agar berhenti ‘menyeksa’ kehidupan orang lain sekali gus dapat memudahkan urusan tertentu di masa akan datang.

“Boleh sibuk bercinta sana sini. Tapi tolonglah bagi kerjasama. Mudahkan urusan orang. Jangan lah siksa hidup orang lagi sementara kamu ke sana sini dating.
“Bila tanya nda (tidak) mengaku. Menyiksa ba (ya) namanya. Kena gantung tanpa tali,” luahnya malam tadi.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut meminta orang ramai memaklumkan dengan menghantar gambar atau video di dalam ‘Direct Message’ (DM) sekiranya ternampak ‘si dia’ di mana-mana lokasi.

ADVERTISEMENT

Kalau mungkir janji, siap!

“Aku bagi kerjasama sampai esok (hari ni). Kalau mungkir janji siap. Pegang janji okay. Kat Ipoh katanya, tak pasti lah. Siapa ternampak boleh la DM saya gambar dan video ya.
“Terima kasih semua. Kalau nampak kat tempat lain pun boleh beritahu ya,” tulis Sera yang sering menerima DM netizen sebelum ini berhubung ‘penampakan’ seorang lelaki mirip suaminya.

Sementara itu, dia turut berkongsi tangkap layar memaparkan penulisan seorang individu menyatakan pendapat mengenai Shuk yang didakwa mungkin sudah terkena buatan orang.

“Memang betul Shuk tu dah makan benda kotor?”

Terdahulu, Sera mendedahkan dia dan suaminya sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan mengambil keputusan bagi memfailkan perceraian.

Sumber: Instagram Rossa Sera