“Aku Gigih Masak..” – Isteri Kecewa Bekal Tak Dijamah, Suami Pilih Makan Mi Segera

Bagi pasangan berkahwin, air tangan isteri umpama pengikat kasih sayang suami. Mana tidaknya, masakan ‘simple’ pun boleh buat si dia gembira terutama ketika kelaparan. Tak perlu membeli makanan, jimat pula tu!


Bagaimanapun, lain pula situasi dihadapi seorang wanita ini apabila bekal dimasaknya sedikitpun tidak dijamah oleh orang tersayang dipercayai suaminya sehingga seolah-olah mengalami kekecewaan.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, wanita yang menggunakan nama @nia.dalirin97 itu memuat naik video memaparkan tindakannya membuang isi bekal tersebut ke dalam tong sampah.

@nia.dalirin97 

Katanya tak sempat makan. Atleast basuh la bekas tu walaupun tak makan. Aku pun tau penat. #esekeli

♬ tetap dalam jiwa sayang – ruangsendu

“Katanya tak sempat makan. Sekurang-kurangnya basuh la bekas tu walaupun tak makan. Aku pun tau penat,” luahnya.

Menurut wanita tersebut, dia gigih menyiapkan bekal antara yang bermenukan nasi putih serta telur goreng itu namun si dia lebih memilih untuk menikmati mi segera berbanding hidangan air tangannya.

“Aku gigih masak buatkan bekal, tapi sikit pun tak jamah. Yang dipilih maggi,” tulisnya dalam video berdurasi 19 saat itu.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih 1.3 juta tontonan itu menerima hampir 5,000 komen warganet yang rata-rata turut kecewa dengan sikap suami wanita berkenaan kerana tidak menghargai pengorbanan pasangan.

Malah segelintir individu berpendapat, lelaki tersebut sepatutnya tahu menjaga hati isteri apatah lagi sudah bersusah payah menguruskan rumah tangga namun dibalas sebegitu rupa.

“Kenapa buang? Nasi dah basi”

Kalau tak masak, kena banding pula

Sekurang-kurangnya makan la sikit…

Sedihnya baca komen2 luahan isteri

Bila tak masak, kena tuduh pemalas!

Fikir positif je, mungkin betul2 tak sempat makan

Sumber: TikTok @nia.dalirin97