Anak2 Digelar Malang Sebab Ibu Tak Vaksin, Rita Rudaini Syukur

Hampir setiap minggu, ada saja cerita mengenai pelakon Rita Rudaini berhubung pendapatnya mengenai vaksin Covid-19 yang dikongsi di laman InstaStory.


Terbaharu, berdasarkan laporan Cari Forum, pelakon berusia 45 tahun itu meluahkan tentang dua orang anaknya yang dikatakan bernasib malang kerana memiliki ibu yang belum mengambil suntikan vaksin.

Seolah-olah berbaur sinikal, pelakon filem Rumah Maduku Berhantu itu bersyukur anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna tidak dijadikan bahan uji kaji.

Tu lah, betul la

“Nasib baik Tuhan jadikan sisturr (gelar dirinya) seorang mak yang bodo tak serah badan dan anak-anak untuk uji kaji. Sisturr syukur sangat dipilih jadi bodo betholl,” tulisnya.

Malah, pelakon berasal dari Kangar, Perlis itu turut memuat naik tangkap layar sebuah laporan berita mengenai varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang mempunyai gejala seperti keletihan teruk.

Letih betui sisturr hari ni…

“Tadi lepas Subuh, mop bilik kucing. Cuci 4 tandas, vakum, mop, letih gila. Awat letih sangat ni. Adakah salah mop? Ke sebab omicron megatron bagai?
“Tapi hari-hari memang letih lah lepas buat kerja rumah. Geram ni sebab keliru,” luahnya.

Jangan jadi bodoh macam kami

Terdahulu, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar menafikan dirinya antivaksin seperti didakwa segelintir pihak sebaliknya memilih prosafe yang bermaksud belum bersedia bagi menerima vaksin.

Sumber: Cari Forum , Instagram Rita Rudaini