“Pagi Ni Tiba-Tiba Baby Nak Keluar..” – Wawa Zainal Masuk Hospital, Aeril Zafrel Titip Doa

Pelakon Aeril Zafrel berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal yang dimasukkan ke hospital awal hari ini.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhair Sunari, 33, Wawa berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.

“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.

Entri sama turut merakamkan isterinya yang terbaring sambil berselimut.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut sama menitipkan ucapan, mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.

SUMBER: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://trendinggiler.pw/

Artikel Berkaitan   “Salute Br0…” Bagi ‘Ang P0w’ Pada Pengutip Sampah, Tindakan Pemuda Ini Raih Rasa H0rmat