Hari ini mungkin sesuatu yang amat bermakna bagi pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City) apabila berentap di Stadium Bukit Jalil bagi menggenggam Piala Malaysia 2021 yang dianjurkan buat kali-100 pada tahun ini.
Perlawanan bagi merebut Piala Malaysia 2021 ini bermula pada jam 9.00 malam tadi dengan kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan persembahan menarik bagi merobek gawang pihak lawan masing-masing.
Terikat 0-0 di babak pertama
Namun begitu, KL City dan JDT dilihat terikat dengan kedudukan tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. Beberapa percubaan berbahaya dari kedua-dua pasukan juga sekadar menggegar gawang.
Namun, pada babak kedua, KL City berjaya memecahkan kebuntuan jaringan gol dengan Zhafri Yahya membantu pasukan mendahului kedudukan.
Tambah luka Harimau Selatan
Pada minit ke-73, Kapten Pasukan KL City, Paulo Josue berjaya membuat JDT lebih merana apabila menyumbat gol kedua buat pasukan.
Juara lepas 32 tahun
Jaringan kekal sehingga ke masa penamat apabila KL City berjaya membolosi gawang JDT dengan kedudukan 2-0. Oleh sebab itu, Piala Malaysia telah berpindah semula ke ibu kota selepas 32 tahun ‘merantau’ ke pasukan-pasukan lain.
Sumber: Twitter @TeamMsia