Solat Jemaah Sambil Dukung Bayi, Pasangan Ini Dapat Tontonan 1 Juta Netizen

Benarlah kebahagiaan rumah tangga terletak pada agama. Ini dengan menjadikan solat sebagai tiang utama dalam apa jua perkara yang kita sebagai Muslim lakukan. Begitu juga dengan perkongsian wanita ini apabila dia dan suaminya mend1rikan solat jemaah bersama-sama bayi setelah baru sahaja habis berpantang. Memang mendapat pujian ramai, perkongsian video ini juga dijadikan panduan dalam ilmu solat buat orang ramai.


SOLAT JEMAAH DUKUNG BABY, SUAMI ISTERI INI DAPAT PUJIAN

Perkongsian video ini sudah mendapat tontonan sebanyak 1 juta dan 162,000 tanda suka di laman TikTok. Apa yang anda boleh lihat adalah sepasang suami isteri mengerjakan solat jemaah bersama-sama.

Apa yang lebih menarik adalah, si suami turut sama mendukung bayi ketika mengerjakan solat jemaah. Sejuk hati memandang! Wanita ini juga berkongsikan bahawa ini merupakan solat jemaah pertama mereka setelah tamat tempoh berpantang.

Hal ini kerana, mungkin bayi yang masih kecil tersebut agak sukar ditinggalkan dan si ayah mengambil keputusan untuk membawa anak tersebut ketika dalam solat. Perkara ini tidak dilarang sama sekali, malah cara ini juga boleh mendidik anak-anak sejak kecil supaya terbiasa dengan rutin solat.

VIDEO DIBAWAH:-

‘PENTINGNYA SUAMI ADA ILMU AGAMA’

Sudah pasti ramai dalam kalangan warganet men1ngg4lkan komen-komen positif di perkongsian video berkenaan. Ada juga hadir dengan berh4rap bahawa dapat dikurniakan bakal suami sebegini yang cakna dalam ilmu agama. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan warganet yang men1ngg4lkan komen bahawa berdasarkan hadis, Rasulullah S.A.W juga pernah mengerjakan solat sambil mendukung anak.

Sumber: TikTok @ainazukri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : theupdatenews24