Kemelut rumah tangga Nyna Harizal dan suaminya, Fahmi Ilyas nampaknya sudah melandai apabila dia mengambil keputusan untuk kembali taat.
Bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 ini juga dilihat sudah memuat naik beberapa perkongsian kebersamaan dengan suaminya beserta kapsyen romantis.
Kembali bersama dengan suami
Dalam posting terbaru Nyna di Instagram, dia telah berkongsi gambar perkahwinan mereka dengan mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T selepas doanya selama ini dimakbulkan.
Dia juga menyatakan yang dia sangat mencintai Fahmi dan berharap hanya maut yang dapat memisahkan mereka.
Berkumpul dengan keluarga
Dalam pada itu, Fahmi Ilyas juga berkongsi perkara sama di Instagramnya dengan menunjukan suasana di dalam rumah dimana mereka berkumpul bersama keluarga sambil Nyna tersenyum bahagia.
Allah masih sayang dengan perkahwinan korang
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah mengucapkan syukur selepas melihat pasangan ini telah memulakan buku baru dalam perkahwinan mereka.
Tak hanya itu, ada juga yang menitipkan doa agar pasangan ini terus bahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang.
Alhamdulillah, syukur!
Semoga temui kebahagian yang dicari
Jika anak2 ada masalah, orang tua jangan ikut campur
Sumber: Instagram Nyna Harizal, Fahmi Ilyas