“Tepat Sebulan Mereka Ambil You”- Akhirnya Nynaa Harizal Dah Balik. Suami Mula Rasa Lega

Umum mengetahui, pelakon, Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas telah mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas kisah rumah tangga mereka menarik perhatian media bulan lalu.

Terbaru, Fahmi kelihatan sangat gembira apabila isteri tercinta sudah pulang ke rumah dan kembali kepangkuannya.

Pagi tadi, Fahmi memuat naik satu Instagram Story yang menunjukkan Nynaa menyediakan kopi buatnya. Dalam video tersebut, Nynaa kelihatan tersenyum sambil membawa secawan gelas. Namun begitu, rata-rata netizen tidak sabar untuk menunggu kenyataan daripada pasangan tersebut berhubung punca Nynaa did4kwa ‘dil4rikan’ oleh keluarganya.

Namun apa yang men4rik perh4tian pengikut Fahmi di IG, perkongsian terbaru suami pelakon itu bagaikan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Fahmi memberitahu bahawa hari ini genap sebulan isterinya diambil oleh ‘mereka’. Walaupun tidak menyebut siapa yang dimaksudkan dengan ‘mereka’, peminat beranggapan ianya merujuk kepada keluarga mentuanya.

Fahmi bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana Nynaa kembali pulang ke pangkuannya.

Sumber: Fahmi Ilyas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: OhBulan

Artikel Berkaitan   “Selalu orang cakap men are trash” – [VIDEO] Buat IG Live Bakar Gambar Ex GF, Putus Sebab Curang