Selain ibu, tiada siapa mampu lawan air tangan isteri sendiri. Meskipun hanya menikmati menu ‘simple’, tetap terasa sedap sehingga dibekal ke tempat kerja. Jimat pun jimat, tak perlu beli makanan lain!
Terbaharu, seorang lelaki diusik dua rakannya apabila membawa bekal dimasak oleh isteri ke tempat kerja sebelum menikmatinya dengan penuh berselera.
Kau ada bekal?
Video lelaki dipanggil sebagai Ji itu dimuat naik salah seorang rakannya, Imran Daz di aplikasi TikTok dengan bertanya siapakah gerangan individu yang memasak bekal tersebut ketika mereka lepak bersama.
‘Bini masak bhai’
“Ji, kau bawa bekal Ji? Siapa bagi Ji?,” soal Imran dipercayai individu yang merakan video berkenaan.
Selepas dengan bangga mengatakan bekal berkenaan dimasak isterinya, seorang lagi rakan mereka seolah-olah ‘terasa’ ketika ditanya Imran kerana tiada makanan dibawa dari rumah.
“Untung la ada bini, aku tak (takde bekal),” kata rakan mereka.
Video berdurasi 20 saat itu menerima 263,400 tontonan dan lebih 700 komen netizen dimana rata-rata menyifatkan lelaki itu menghargai pengorbanan isterinya yang bersusah payah menyediakan bekal di awal waktu.
Malah, ada netizen berpesan kepada Ji agar tidak terlupa membawa pulang ‘tupperware’ ke rumah sebelum menimbulkan ‘drama sebabak’ antara suami isteri sekiranya bekas makanan tersebut hilang begitu saja.
Bini sayang suami, suami hargai bini…
Terbaik! pengorbanan isteri tu…
Bekal tu jangan hilang pulak!
Tak perlu malu…
Sumber: TikTok @imran_bzr