
Nama pelakon remaja, Danish Iskandar, 17 tiba-tiba sahaja disebut ramai susulan membintangi siri bertemakan gay berjudul ‘Stay Away From Me’.
Hal tersebut menjadi viral selepas beberapa babak dalam siri berkenaan dimuat naik ke TikTok sehingga menjadi perdebatan ramai.
Bawa isu ke pihak perundangan
Disebabkan itu, Danish yang masih dibawah umur telah mengeluarkan kenyataan di media sosial miliknya dengan menyatakan yang dia isu tersebut sudah di bawa ke pihak perundangan kerana merasakan diri dianiya.
Menjelaskan hal sebenar
Menurut penjelasan daripada pelakon tersebut lagi, sebenarnya dia sama sekali tidak mengetahui berkenaan siri ini akan dipromosikan ke aplikasi gay dan tiada langsung babak-babak romantis.
Namun, ketika pengambaran berlangsung ‘stroyboard’ telah diubah dan ketika itu dia harus menghabiskan pengambaran kerana sudah memulakan lakonan.
Jadi, dia memilih untuk tidak mempromosikan siri berkenaan dan Danish juga berkali-kali sudah menjelaskan isu tersebut.
@danishleh_yeah #fyp #thekanda🕊 #foryoupage
Ibu bapa bertindak mahu saman
Jadi, ibu bapa Danish telah mengambil tindakan undang-undang dengan bertindak mahu menyaman pihak produksi kerana tidak mahu bertanggungjawab diatas perkara serius ini.
Pelakon remaja itu juga menjelaskan yang dia akan lebih berhati-hati jika mendapat tawaran sebegitu lagi.
Sumber: Twitter @danishlehh, Instagram danishleh, TikTok @danishleh_