Gurau Anak Beranak, Bapa Hulur RM1 Takut Kantoi Dengan Bini Sebab Ngopi Di Warung

Hubungan yang akrab antara ahli keluarga sememangnya satu rahmat yang tidak berbelah bahagi. Gurauan-gurauan manja antara anak dan ibu bapa pastinya menjadi penyeri dalam kehidupan berkeluarga lebih-lebih lagi jika orang tua sudah diusia senja.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila memuat naik video ‘menangkap’ bapanya yang kantoi masih duduk di warung kopi bersama rakan-rakan walaupun sudah hampir waktu maghrib.

Bagi seringgit minta anak ‘tutup mulut’

Situasi itu dimuat naik oleh  @niniey_28 hingga mendapat ratusan ribu tontonan sejak dikongsi di aplikasi TikTok. Apa yang lucunya, bapa kepada pengguna TikTok berkenaan sempat menghulurkan RM1 kepada anaknya asalkan dia ‘tutup mulut’ dan tidak mengadu kepada ibu di rumah.

Member pun gelakkan je perangai

Kejadian tersebut turut disaksikan rakan-rakan bapanya yang tergelak sama tidak henti-henti dan sempat berseloroh dengan mengatakan bapa @niniey_28 tahut bini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan dengan berasa terhibur melihat situasi comel antara anak dan bapa.

 

Kehidupan sederhana warga emas

Ni bukan mak je tahu, satu dunia dah tahu

Seringgit buat sambung ngopi

Simpan video ni, satu saat akan dirindui

 

Sumber: TikTok @niniey_28

Artikel Berkaitan   Tular Video Pelajar Jadi ‘Pameran’, Ditumbuk & Disepak Rakan Tanpa Kasihan?