Emma Maembong, 29, pastinya bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air. Hingga kini, banyak drama, telefilem termasuk filem sudah dibintanginya. Namun, kerjaya seni Emma seakan-akan ‘sepi’ seketika selepas dia mendirikan rumah tangga dan bergeIar ibu, tahun lalu.
Namun, kini Emma kembali beraksi di layar lakonan semula.Ditemui pada sidang media secara virtuaI drama I Promise, Janji Anaqi lakonannya, Emma yang melakonkan watak Hayla berkata, pada mulanya dia tidak bersedia untuk aktif berlakon semula.
“Saya tak nafikan tertarik dengan jalan cerita I Promise, Janji Anaqi ini walaupun ia kisah adaptasi novel nukilan Acik Lana yang sarat dengan drama, aksi dan pengajaran buat kita.
“Ia turut membabitkan Sharnaaz Ahmad dan Talha Harith yang saya belum pernah bekerja dengan mereka. Ini pastinya satu pengalaman baharu buat kami.
Alhamdulillah, tidak sukar juga untuk saya membina keserasian dengan mereka kerana masing-masing sangat profesional dan bersungguh-sungguh memberi lakonan terbaik,” katanya.
Memandangkan drama ini mengangkat kisah wanita did3ra suami, sudah pasti Emma tidak terlepas daripada terbabit aksi lasak yang boleh menced3rakannya.
Mengulas perkara itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, memang dia ada mengaIami ced3ra ringan tetapi sebagai pelakon, itu adalah perkara biasa.
“Saya mengalami beberapa keced3raan kecil sewaktu melakonkan babak getir dalam drama ini. Namun, keced3raan berkenaan tidaklah serius.”Ini sekadar lakonan dan saya sendiri yakin dengan tahap profesionalisme dan kebolehan lakonan Sharnaaz dan Talha yang sedikit sebanyak membuatkan babak gan4s di dalam drama ini ‘menjadi’.”
Walaupun kali pertama berlakon dengan Talha, dia adalah pelakon hebat. Dia tidak ‘belas4h’ betul-betul, tapi aksi lakonannya nampak ‘real’,” katanya.
Menurut Emma, dia bersama Sharnaaz dan Talha juga akan berbincang dan merancang dulu babak 4ksi bakal dilakonkan mereka seperti tumb0k teraj4ng sebagai persediaan untuk mengelak keced3raan yang ter0k.
“Namun, walaupun bersedia, ada juga terbabas. Umpamanya, mulut saya pernah berdar4h kerana terkena rantai yang dipakai Sharnaaz. Keced3raan itu menyebabkan mulut saya ced3ra sedikit.
“Bagaimanapun, keseluruhannya saya gembira dapat bekerja dalam pasukan produksi drama I Promise, Janji Anaqi ini kerana kami semua dapat memberi kerjasama yang baik dan saling membantu,” katanya.
I Promise, Janji Anaqi sebanyak 28 episod arahan Hadith Omar ini sudah menemui penonton di Astro Ria sejak 6 Disember lalu, jam 11 malam.
Selain Emma, Sharnaaz dan Talha, ia turut dibintangi antaranya Dayana Roza, Elyas Abdullah, Isaac Imann, Izuan Razali dan Ikhwan Khairudin.
VIDEO :
KOMEN NETIZEN :
Sekali-sekala bawa anak ke lokasi penggambaran
Bertemu jodoh dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar pada 20 Februari tahun lalu dan kemudian memiliki anak, Shariq Gabriel, yang kini berusia setahun melengkapkan kehidupan bahagia Emma.
Kakak kepada pelakon Chacha Maembong ini berkata, satu keputusan sukar juga buatnya ketika mula ingin merancakkan kembali karier lakonan yang lebih setahun ditinggalkan demi keluarga.
“Saya tidak sedia juga pada awalnya untuk berlakon semula kerana memikirkan urusan penjagaan anak. Ini kerana saya sudah terbiasa menjaga anak sendiri dan amat selesa.
“Bukan tidak percaya kepada pembantu rumah atau pengasuh, tetapi saya ada pemikiran yang berasakan hanya ibu akan mampu menjaga anaknya dengan lebih baik berbanding orang lain.
“Jadi, disebabkan sukar untuk fokus kerja di lokasi penggambaran kerana sering terfikirkan anak, sekali-sekala saya membawa Shariq ke l0kasi penggambaran. Namun, saya tengok dulu sama ada ia sesuai atau tidak dengan b@yi,” katanya.
Emma berkata, dia lebih tenang bekerja apabila anak ada di depan mata.
Katanya, sebagai wanita yang baharu bergelar ibu semestinya dia agak 0bses dengan anak sendiri serta bersikap posesif.
“Saya sedar akan mendatangkan masalah juga nanti sekiranya anak asyik nak melekat dengan saya setiap masa. Jadi, saya kena belajar kuatkan hati untuk berenggang seketika dengan anak kerana bekerja,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Via awattsyeikhh.
Sumber : theupdatenews24