Dikata Tak Sepadan Dengan Suami Kacak, Wanita Bidas Komen – “Dia Yang Pilih I..”

Sama cantik sama padan atau bagai pinang dibelah dua, itu ungkapan bagi menggambarkan pasangan pengantin baharu yang dilihat saling melengkapi antara satu sama lain.


Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dikatakan kurang sepadan dengan suaminya kerana lelaki tersebut kelihatan kacak sekali gus dianggap tidak sesuai sebagai pasangan hidup.

Komen ‘jahat’ itu ditinggalkan oleh seorang individu selepas wanita berkenaan yang mesra dipanggil Cik Syarifah memuat naik satu video ketika mengenakan busana pengantin bersama suaminya.

@___cikpahhh___♬ bunyi asal – 𝓷𝓪𝓫𝓲𝓪 𝔂𝓪𝔂𝓪 💃 – 𝓷𝓪𝓫𝓲𝓪 𝔂𝓪𝔂𝓪 💃

“Segak laki dia, tak padan dengan bini”

Tidak berdiam diri, wanita berusia 24 tahun itu tenang membidas komen tersebut dengan menghasilkan satu video menyifatkan semua yang berlaku adalah jodoh ditetapkan Allah SWT.

Wanita berasal dari Pahang itu berkata, setiap individu harus membuang rasa hasad dengki dalam diri kerana sifat berkenaan boleh membuatkan seseorang tidak senang melihat kehidupan orang lain.

@___cikpahhh___Reply to @miloais242

♬ original sound – Cik syarifah🌸 – Cik syarifah🌸

“Dia (suami) yang pilih I, jadi kenapa awak yang panas? Sebagai manusia, cuba kita buang perasaan hasad dengki sebab ia boleh membuatkan kita sakit hati dengan orang.
“Kalau nak rasa diri kita cantik, jangan rasa kita sempurna sangat. Biar la saya ni tak cantik, tak padan dengan suami saya tapi dia tetap sayang saya okey,” jelasnya.

Bagaimanapun menerusi komen lain, rata-rata mengakui suaminya yang dikenali sebagai Hafiz Zikry itu mempunyai wajah kacak selain mendoakan pasangan tersebut agar kekal bahagia hingga ke syurga.

@___cikpahhh___tak pernah nak series orang sebelah

♬ Dj BonBon Remix – 𝓕𝓱𝓪𝓪 🐝 || • 𝐍𝐏

Sumber: TikTok @___cikpahhh___

Sumber : ohmymedia