Beberapa hari lalu, tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki dilihat mengamuk dan memecahkan cermin kereta milik isterinya selepas didakwa berlaku perselihan faham antara mereka.
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan katanya sudah ditahan reman untuk membantu siasatan polis selepas video berkenaan mendapat perhatian media.
Mangsa kejadian, Amira Nabila Edy Rozimy, 24, menerusi satu temubual dengan mStar telah menceritakan apa yang berlaku pada 14 Disember lalu yang menurutnya bukanlah kali pertama berlaku dalam rumah tangga mereka.
“Selepas pecahkan tingkap, dia ambil anak sulung”
Menurut Amira, selepas daripada insiden pecah cermin kereta itu, suaminya telah bertindak mengambil anak sulung mereka dan dia dalam keadaan panik membawa anak kedua masuk ke dalam rumah.
Selepas dia pecahkan tingkap, dia ambil anak saya yang sulung. Saya pula undur kereta sampai ke depan rumah dan bawa anak kedua masuk ke dalam rumah.
“Saya tak matikan enjin kereta. Kemudian dia datang ke rumah dan tinggalkan anak yang sulung tadi dan dia bawa kereta saya ke balai polis. Dia buat laporan ke atas saya,” katanya.
Kata Amira lagi, dia yang tidak mempunyai kenderaan pada masa itu terpaksa menunggu orang tuanya pulang untuk membuat laporan polis.
Setibanya di sana, suaminya sudah berada di kaunter laporan dan dilihat sudah memberi keterangan mengatakan Amira cuba mencederakannya dengan menutup tingkap kereta ketika dia sedang memasukkan tangan untuk memberi wang.
Nasib baiklah saya ada video tu sebagai bukti. Saya tunjuk pada IO yang in charged itu, IO tu selesaikanlah kes ini kerana dia buat laporan palsu tak sama dengan benda yang jadi,” katanya.
“Kenapa papa pecahkan kereta mama?”
Menurut Amira lagi, semenjak suaminya direman, hidupnya merasa lebih selamat dan tidak perlu sentiasa berhati-hati jika ingin ke mana-mana kerana bimbang akan diganggu oleh lelaki itu.
Bila ditanya mengenai punca keretakan hubungan suami isteri tersebut, Amira berkata ia berpunca dari sikap suaminya yang panas baran dan tidak bertanggungjawab dalam urusan anak-anak.
Amira juga memberitahu kejadian yang berlaku tempoh hari memberi kesan kepada mental anak-anaknya yang masih terkejut akan kejadian itu.
“Kalau bagi anak yang sulung ia perkara biasa kot sebab dia tengok dari kecil. Tiga malam ini asyik bertanya, ‘Mama kenapa papa mai dekat kereta mama macam tu? Kenapa papa pecahkan kereta mama?’
“Saya cuma cakap papa tak sengaja tu sebab dia nak tengok tingkap kereta mama okay ke tak. Dia tak trauma sangat tapi adiknya setiap malam asyik menangis saja. Adik alami luka sikit dekat pergelangan kaki dan bengkak di dahi,” jelasnya.
Meskipun banyak perkara yang berlaku, suaminya masih tidak meminta maaf atas apa yang berlaku. Amira juga mengakui sudah mula sedar akan sikap baran suaminya itu semenjak bulan pertama perkahwinan lagi, namun tetap memberi peluang.
Amira menasihatkan wanita yang menghadapi masalah rumah tangga sepertinya untuk jangan takut untuk pertahankan diri sendiri. Dia juga tidak menyalahkan keluarga mertuanya atas apa yang berlaku.
Korang boleh tonton video penuh di bawah:
Semoga Amira dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini. Kesian tengok anak-anak yang jadi mangsa.
Sumber :lobakmerah