Asal Jumpa Je Makan, Gadis Gembira Buat Teman Lelaki Makin Berisi – “Naik 22 kg!”

Bukan hanya golongan wanita, malah kaum lelaki juga suka sekiranya bercakap soal makan! Dari ‘moody’ terus bertukar ceria apabila dapat menikmati pelbagai jenis makanan lebih-lebih lagi dengan orang tersayang.

Bagi seorang gadis Asmah Nazahiyah, dia seolah-olah gembira apabila berjaya ‘membesarkan’ badan teman lelakinya yang dikenali sebagai Lutfi Yusuf sejak menjalinkan hubungan cinta.

Menerusi aplikasi TikTok, gadis berusia 21 tahun itu memuat naik satu kompilasi video memaparkan teman lelakinya berselera setiap kali mereka bertemu sehingga naik berat badan sebanyak 22 kilogram (kg).

Dari 60kg naik 82kg!

@ashnnnnn_Dari 60kg ➡️ 82kg 😂@weng261

♬ original sound – gilder0y – gilder0y

“Bagaimana saya membuat teman lelaki saya menjadi berisi,” tulis kapsyen gadis berasal dari Kuching, Sarawak itu dalam video tersebut baru-baru ini.

Malah pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan dilihat sangat teruja seperti ‘kanak-kanak riang’ apabila disuap makanan sekali gus terbukti mereka sememangnya boleh digelar ‘kaki makan’!

Video berdurasi 23 saat itu meraih sejuta tontonan dan dipenuhi lebih 2,300 komen netizen yang turut tumpang gembira melihat kebahagiaan lelaki tersebut apabila gemar menjamah makanan.

Sama la dengan pakwe i, dari sado jadi ‘hamil’

Gembira betul dia, kalah perempuan!

Sebab dia gembira dengan awak

Ni cara tak bagi orang lain kebas kan?

Dia senang hati tu…

Meskipun ada individu menyifatkan tabiat tersebut kurang sihat, namun Asmah menjelaskan teman lelakinya itu tidak berisi seperti disangka malah sering melakukan rutin senaman di pusat gim.

@ashnnnnn_Reply to @ambroseamber3 sihat je dia tak gemuk pun ☺️

♬ original sound – Ashhhn – Ashhhn

 

Sumber: TikTok @ashnnnnn_

Sumber : ohmymedia

Artikel Berkaitan   Kec0h Anak Berlakon Watak G4y, Sekali Netizan K0rek Siapa Bapa Dia