Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) menyatakan hasrat bagi membantu penyanyi, Ashira yang dilaporkan mengambil upah cuci pinggan secara sambilan di sebuah restoran sebagai sumber pendapatan.
Menerusi hantaran di Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengakui simpati mendengar khabar tersebut sekali gus mencari jalan bagi menghubungi bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu.
“Saya sedih & turut bersimpati atas perkhabaran ni. Insyallah Saya nak tolong. Ada sesiapa boleh bagi contact Ashira / Bad Indigo?
“Saya nak tolong Ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi. Tolong sampaikan niat & keprihatinan saya,” tulisnya.
Sebelum ini, media melaporkan suami Ashira iaitu Bad Indigo mengalami kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.
Sementara itu, Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menjelaskan bahawa kerja mencuci pinggan itu adalah pilihannya sendiri dan tiada kaitan dengan masalah kesihatan suami.
Bagaimanapun, difahamkan penjelasan tersebut dimuat naik menerusi InstaStory semalam sebelum hebahan Vida yang ikhlas mahu membantu dirinya.
Tiada saya paksa saya kerja
Tak perlukan bantuan, sihat lagi boleh usaha sendiri
Buat kerja sebab boring duduk rumah
Mana duit? GV7 pun dah setahun
Terdahulu, Ashira berkahwin dengan Bad atau nama penuhnya, Badrol Izhan Yeop Abdullah pada 11 Mac lalu selepas kedua-duanya menyertai program nyanyian berkenaan.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida & Ashira
Sumber :ohmymedia