TIADA Sambutan Tahun Baharu 2022 Secara Besar-besaran: KKM

Sebentar tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa negara telah mengesan kes kedua jangkitan Omicron.


Penasihat Kementerian Kesihatan, Dimishtra turut memberitahu ini membuktikan Omicron lebih cepat merebak berbanding Delta iaitu dua kali lebih cepat menular berbanding varian asal Wuhan dan dianggarkan kadar penyebaran varian baharu ini adalah di antara empat ke 70 kali lebih cepat.

Bukan itu sahaja, keberkesanan vaksin juga turut menunjukkan penurunan sebanyak 30% terhadap varian baru ini dan Universiti Hong Kong baru-baru ini menemui Sinovac tak memberikan perlindungan yang cukup untuk meneutralkan antibodi.

Sekarang ini, KKM lebih bimbang dengan kesan varian ini terhadap kadar kemasukan ke hospital, ICU dan kematian berbanding jumlah kes positif harian.

Jadi, KKM kini sedang dalam usaha untuk memastikan program dos penggalak diperluaskan, rakyat lebih mematuhi SOP dan kawalan sempadan lebih diperketatkan.

Tiada sambutan tahun baharu besar-besaran

Article 1343000 0C9D8Bd5000005Dc

Bukan itu sahaja, ekoran kebimbangan penularan varian Omicron ini, kerajaan membuat keputusan untuk tak benarkan sambutan Tahun Baharu 2022 diadakan secara besar-besaran.

Bukan itu sahaja, jika orang ramai mahu membuat sambutan kecil-kecilan yang memerlukan mereka untuk berkumpul dan bercampur dengan orang lain, mereka dikehendaki untuk membuat saringan awal terlebih dahulu.

Selain itu, dalam masa terdekat kerajaan akan mengumumkan negara-negara yang berisiko tinggi dan orang yang pulang dari negara-negara ini perlu memakai alat pengesan digital.

Bagi individu yang datang ke Malaysia dari UK pula perlu membuat ujian saringan kendiri setiap hari sepanjang tempoh kuarantin dan perlu melaporkan keputusan melalui MySejahtera.

Sumber: Dimisthtra

Sumber : lobakmerah