Suami Risau Berhari2 Isteri Tak Sihat, Terus Tersenyum Bila Dapat Hadiah IPhone!

Suami mana yang tidak susah hati apabila isteri jatuh sakit, apatah lagi sekiranya hanya terbaring di atas katil. Dulu riuh dengan gelak ketawa, kini rasa suram pula di dalam rumah!

Tidak sanggup melihat situasi seperti itu berterusan, seorang suami cuba menggembirakan hati isterinya dengan menghadiahkan sebuah iPhone dipercayai model terbaharu selepas wanita itu dikatakan kurang sihat.

Menerusi aplikasi TikTok, wanita itu Syahamimi Shahri terharu dengan tindakan suaminya dikenali sebagai Salman Adnan yang berusaha untuk kembalikan ‘mood’ cerianya dengan memberikan kejutan berkenaan.

Terima kasih suamiku!

@syahamimieziraThank you dear husband🥺🤍 #fyp #foryou #surprise

♬ original sound – Syahamimi Shahri – Syahamimi Shahri

Wanita berusia 25 tahun itu berkongsi semula video dirakam suaminya sehingga meraih lebih setengah juta tontonan dalam kalangan warganet.

“Tiga hari dah dia tak berapa sihat. Ajak bersiap pergi klinik tapi tak larat katanya. Jadi kita pun tolong belikan ubat untuk dia.
“Sedih hati ni tiga hari tak nampak dia senyum. Terdetik hati nak beli hadiah yang dia suka, berharap dia sembuh macam biasa dan bahagia,” tulis suaminya dalam video tersebut.

Selepas menerima hadiah tersebut, Syahamimi yang juga seorang ‘influencer’ di media sosial dilihat terus tersenyum gembira sekali gus menghargai pemberian suaminya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata berseloroh dengan mengatakan mereka sudah mengetahui cara untuk merawat demam dengan cepat selain menyifatkan wanita itu bertuah memiliki suami yang prihatin.

@syahamimieziraJoin this trend with my one and only🤍 #fyp #foryou

♬ Simple Dimple – ||all american tick tokers||

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang membuat sindiran dengan mendakwa kononnya semua itu hanya lakonan semata-mata.

Penjelasan mengenai tudung

Bertuahnya awak!

Ooh ni cara nak sembuh…

Jangan la kecam pasal tudung

Bagus suami memahami

Sumber: TikTok @syahamimiezira

Sumber :ohmymedia

Artikel Berkaitan   RAMAI YANG TIDAK TAHU MANFAAT NENAS BATU; MENGECUTKAN RAHIM, RAWAT STROK, BUANG TOKSIN BADAN, RAWAT KENCING MANIS