Kumpulan Tiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
Dengan tema bebas dan muzikal, Tiro yang dianggotai Daniel, Sharif dan Syaiful. menampilkan dua persembahan bertenaga serta mengutip 10 HA sempurna!.
Naib juara pula dimenangi kumpulan Puteh dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Sementara itu, kumpulan Boro pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Kumpulan Bahye dan Tobat pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima.
Bahye iaitu Zahid, Nizam Jentik-Jentik dan Shashic membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Tobat dianggotai Ajak, Ropie dan Bell Ngasri pula membawa pulang wang tunai
RM15,000 berserta trofi.
Kumpulan Tiro yang berjaya mengumpul markah tertinggi dianugerahkan Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi menerima wang tunai berjumlah RM1000 produk Adabi bernilai RM500.
MLM2021 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui undian secara online.
Program realiti popular ini dihoskan Datuk AC Mizal dan juri tetap terdiri daripada Datuk Rosyam Nor selaku ketua, Diana Danielle, Noh Hujan dan Uqasha Senrose.
Dalam edisi kali ini MLM tampil dengan kelainan apabila meletakkan ikon MLM, ‘Sang Bara’ sebagai juri.
Pentas Akhir MLM 2021 turut mendedahkan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai ‘Sang Bara’ yang menjurikan bintang MLM 2021 secara misteri selama 10 minggu.
Ini markah penuh kesemua kumpulan di pentas akhir MLM 2021:
1, Tiro: 66.97%
2. Puteh: 63.91%
3. Boro: 59.78%
4. Bahye: 56.88%
5. Tobat: 53.26%
Tahniah kepada semua finalis!
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan program realiti, Maharaja lawak Mega (MLM) 2021, sudah pasti ramai akan mula bertanya-tanya akan identiti sebenar juri misteri dalam edisi kali ini iaitu Sang Bara.
Mana tidaknya, dia sebelum ini hadir dengan pelbagai komen yang agak pedas selain turut sempat ‘bergaduh manja’ bersama para juri yang lain.
Netizen gigih tapis suara Sang Bara, Datuk Rosyam Nor tahu siapa identiti sebenar?
Baru-baru ini, segelintir netizen juga turut bertindak dengan menapis suara naga tersebut dengan aplikasi-aplikasi tertentu sehingga mengaitkan beberapa nama.
Namun, ramai dalam kalangan mereka juga turut mencalonkan dua selebriti tempatan iaitu Sharnaaz Ahmad dan Datuk Fizz Fairuz selepas mendengar suara tapisan Sang Bara yang seakan-akan seperti suara mereka.
Malah, juri tetap program tersebut, Datuk Rosyam Nor juga turut tidak terlepas dari meneka identiti sebenar Sang Bara selain menyifatkan dirinya tahu siapakan individu tersebut.
Menerusi temu bualnya dalam program Meletop baru-baru ini, beliau mengakui individu tersebut merupakan selebriti muda oleh kerana telah memanggil Ropie serta Bell Ngasri dengan panggilan abang.
Dalam hati saya, saya tahu dia siapa. Dia bukan tua sebab baru-baru ni saya tangkap dia panggil Ropie dan Bell Ngasri sebagai abang. Terlepas cakap lah tu.
Selain itu, beliau juga mengakui seakan-akan mengetahui identiti individu tersebut selain menyangka huruf pertama pada nama individu tersebut bermula dengan huruf ‘S’.
Siap bagi empat gambar, juri misteri adalah Shaheizy Sam?
Selepas ramai membuat pelbagai persepsi mengenai identitinya, juri misteri itu sekali lagi tampil memberikan hint dengan memaparkan empat buah gambar selebriti tempatan.
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Zon Lawak, kelihatan empat keping gambar dengan masing-masing mukanya ditutup oleh jari Sang Bara.
Bagaimanapun, berdasarkan penelitian terhadap gambar tersebut, jelas kelihatan individu di sebalik gambar tersebut adalah milik Sharnaaz Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Redza Rosli dan Shaheizy Sam.
Identiti Sang Bara Di Dedahkan
Akhirnya Ini dia Sang Bara! @sharnaazahmad
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/