Netizen Dakwa Sami Ini Ada Jurus “Dragonball” Jalan Kaki Selamba Je Panjat Tebing Curam

Mendaki bukit dapat membakar kalori dalam tubuh sambil menyihatkan badan. Boleh dikategorikan sebagai aktiviti lasak, mendaki bukit sememangnya memerlukan kepakaran dan ilmu tertentu. Ini bagi membolehkan seseorang itu dapat menawan bukit yang didaki dengan jayanya.

Namun lain pula halnya dengan lelaki dalam satu video yang tular baru-baru ini. Video aksi lelaki ini daki bukit curam tanpa tali membuatkan ramai yang terpinga melihatnya. Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki berpakaian sami sedang selamba mendaki dengan berkaki ayam bukit batu yang boleh tahan curamnya.

Video tersebut dirakamkan oleh seorang lagi pendaki lain yang menggunakan tali dan peralatan khas lain untuk sampai ke puncak. Berikut adalah video yang dikongsikan semula oleh laman Instagram Era.Je baru-baru ini:

Memang terbaiklah lelaki ini! Tidak perlukan peralatan mahu pun memakai kasut untuk mendaki bukit curam ini! Video aksi daki bukit curam tanpa tali ini telah meraih hampir 300 ribu tontonan dan lebih 49 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan pendapat masing-masing mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Dia dah biasa lah tu tengok lah lagi pun dia tak pakai pape selipar pun”

“Cer pakai selipar jamban confirm jatuh”

“Ada laluan dia macam berlekuk sikit macam tangga”

kredit HCL