Meskipun haiwan ini sering dilihat hari-hari, namun pasti ramai di antara kita yang tidak pernah melihat cara ayam merehatkan diri atau tidur. Walau bagaimanapun, lain pula cara ayam jantan ini menikmati waktu tidurnya seperti di dalam video terbabit.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Tiktok yang dikenali sebagai @ady.267 dimana dirinya sedang cuba mengacau seekor ayam jantan. Menerusi posting tersebut, ayam terbabit dilihat sedang tidur lena sambil beralaskan bantal.
@ady.267 ganguin yg lg tdr aaah #samasamaketawa #samasamadaritiktok #fyp #komedikocakabis #fypシ
Namun begitu, lain pula yang jadi apabila ayam jantan berkenaan telah terkejut dan terbangun dari tidurnya gara-gara dikacau oleh pemuda terbabit. Lebih melucukan apabila lelaki itu turut meletakkan speaker bersebelahan haiwan terbabit sambil memasangkan lagu dengan kuat untuk mengejutkannya.
Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat pemuda berkenaan yang bersikap nakal di samping ada yang turut terhibur dengan gaya tidur ayam terbabit. “Baru tahu ayam tidur macam tu”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan Tiktok berkenaan.
kredit HCL