Abang Sado Hilang Pekerjaan Masa PKP, Nekad Kerja Di Pasar Borong Buat Ramai Cair

Berikutan pandemik Covid-19, orang ramai disaran supaya tidak memilih pekerjaan dan sentiasa mengambil peluang depan mata untuk menampung perbelanjaan dan keperluan hidup.

Begitu dilakukan seorang jurulatih kecergasan, Chin Jie Xun yang mengambil keputusan bagi menerima tawaran rakannya untuk bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.

Walaupun mengakui pekerjaan tersebut agak sukar yang memerlukan lebih kekuatan, lelaki berusia 34 tahun itu bersyukur apabila memperoleh sekitar RM80 hingga RM100 selama enam jam bekerja dalam masa sehari.

Chin yang tiada sumber pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menasihati mereka yang bekerja di sektor tersebut agar tidak mudah putus asa dan terus berjuang apatah lagi dalam situasi ekonomi yang agak sukar ini.

“Kalau ada kerja yang boleh dilakukan, jadi lakukanlah. Lebih baik daripada tinggal di rumah dan tidur yang tidak akan memberi pendapatan kepada anda,” katanya.

Tonton video penuh :

kredit harian metro