Acik-Acik Sekalian, Terimalah Menantu Seadanya. Itu Kan Pilihan Anak.

Kadang-kala masih tak boleh faham,kenapa masih ada ibu ayah yang masih tak boleh terima menantunya. Sedangkan itu adalah pilihan anak. Lupakah mereka,jodoh itu sudah ditetapkan oleh Allah. Ianya adalah satu takdir. Terimalah qada dan qadar dengan hati terbuka barulah hidup rasa lapang dan tenang.


Ini tidak,selalu suka mencari kesalahan menantu disebabkan dia bukan pilhan hati si mertua. Lebih parah jika ada yang menjadi batu api dalam kalangan keluarga. Makin panas dan tegang hubungan antara menantu dan mertua. Sudah-sudah lah. Jangan sampai jadi macam kisah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini. Kesian.

“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya.”

“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya dan saya harap, mak pun sama, dapat terima.”

Entah kenapa, masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri. Buah hati anaknya…cinta anaknya.

“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur.”

“Kenapa bini kau balik keje lewat?” Dia ada meeting mak, pastu jem, sebab tu dia lewat sampai.”

“Kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, tak kan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti.”

Kenapa… kenapa… kenapa…

Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata-mata untuk mencari kesalahan si menantu. Kadang-kadang ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab-sebab yan-buat untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu.

Expectation dia lebih tinggi…

Tolong terima menantu anda seadanya dirinya, itu pilihan anak anda dan bukannya anda. Anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda.

Tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan dia bukan pilhan anda.

Kalau nak keluarga bahagia,menantu kena letak mak mertua sebaris dengan mak kita. Baru betul bahagia.

Level Mentua Dengan Mak Sendiri
Ada yang bertanya, ibu mertua dengan ibu sendiri, sama level tak?

Ada yang kata tak sama level sebab dia bukan ibu kandung kita, dia bukan melahirkan kita, dia bukan membesarkan kita.

Ini Menantu Kena Buat
Sebenarnya, kita tetap kena anggap ibu mertua itu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun dia tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tetap perlu letak ibu mertua sebaris dengan ibu sendiri, cuma kadang-kadang yang menjadi sulit dan sukar untuk menganggapnya sedemikian adalah disebabkan penerimaannya terhadap diri kita sebagai menantu dia.

Penghormatan terhadap ibu mertua sama seperti penghormatan kita kepada ibu sendiri kerana dia juga seorang ibu.

Apa Yang Mentua Perlu Ubah
Kemudian untuk mertua, kalau nak menantu anggap anda seperti ibunya sendiri, maka anda perlu menyayangi menantu sebagaimana anda menyayangi anak sendiri. Anda terlebih dahulu perlu menganggapnya sebagai seorang anak, sebelum dia menganggap anda sebagai seorang ibu.

Anda perlu menghargai menantu anda, jangan cari kesalahan dia. Jangan memperbandingkan dia dengan menantu-menantu yang lain. Anda perlu memberikan ruang kepada anak dan menantu anda. Anda perlu menghormati keputusan anak dan menantu anda.

Kehendak dan keperluan mereka dengan anda mungkin tak sama, maka anda perlu berlapang dada dgn cara mereka. Apa yang dibuat mereka, jangan menceritakan aib menantu kepada orang luar sebab seorang mertua yang baik tak akan menceritakan keburukan menantunya kepada orang lain.

Anda juga seorang menantu, maka anda lebih tahu bagaimana cara nak menyesuaikan diri dengan mertua. Maka, bimbinglah menantu anda.