Kaki Kena “Cengkam” Memang Sakit, Kaki Boleh Busuk Dan Bernanah, Rupanya Selama Ni Kita Salah Potong Kuku

Kaki bercagu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit dan bengkak tetapi juga mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Tapi apa sebenarnya cagu ni dan macam mana ia boleh terjadi pada bahagian ibu jari kaki?

Menurut Dr. Ahmad Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik di Pahang berkata, cagu atau disesetengah tempat dipanggil cengkam adalah apabila kuku jari kita tumbuh di bahagian sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari tu. Jadi, bahagian tisu kuku tu akan merasa tekanan atau keradangan. Bila dah kena pada ibu jari, ia mudah dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah. Itu yang menyebabkan ia jadi busuk.

Kenapa Ia Terjadi?

Mungkin kita tak sedar sebenarnya cara memotong kuku yang salah lah menjadi punca utama kenapa cagu tu boleh terjadi. Bukan itu sahaja, pemilihan dan cara pemakaian kasut juga boleh menyebabkan kaki kita bercagu.

Apa yang paling penting, pastikan cara pemotongan kuku adalah betul iaitu hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.

Kaki korang bercagu ke tak?

Sumber: MMGazette

Artikel Berkaitan   Kencing Berdiri Boleh Melemahkan Syahwat Lelaki, Subhanallah! Hadis Nabi Kepada Orang Yang Kencing Berdiri Selari Dengan Sains