Agar-agar Pandan Kelapa Penuh Isi

Bila sebut agar-agar atau puding, mesti terbayang saat menikmatinya sejuk-sejuk. Tak kira apa jua jenis atau perisa, kesemuanya mempunyai rasa yang tersendiri.


Kali ini, Rose Aien Ramli sudi berkongsikan resipi agar-agar pandan kelapa dua lapis yang tampak begitu sedap dan menyelerakan. Sedap dinikmati sejuk-sejuk. Ramai penggemar ni.

BAHAN-BAHAN:

(ISI KELAPA)

250ml air + santan pekat

1 sudu teh serbuk agar-agar

2 helai daun pandan

2 sudu besar gula

(LAPISAN BAWAH)

300ml air kelapa

1 sudu teh serbuk agar-agar

2 helai daun pandan

2 sudu besar gula

(LAPISAN ATAS)

1 ½ teh agar-agar serbuk

Santan + air 400ml

3 sudu besar gula

Secubit garam

Pewarna hijau

CARA MEMASAK:

Untuk isi kelapa, masakkan bahan-bahannya dan sejukkan. Apabila telah sejuk, boleh sagat menggunakan penyagat kelapa. Jika tiada, boleh gunakan penyagat keju.

Untuk lapisan bawahnya masak bahan-bahan tersebut sehingga larut.

Kemudian, masukkan agar-agar yang telah disagat tadi.

Tutup api dan masukkan ke dalam acuan. Masukkan separuh acuan sahaja.

Manakala untuk lapisan atas, masak bahan-bahan tersebut sehingga larut.

Tambahkan juga pewarna hijau.

Kemudian, boleh penuhkan acuan tadi.

Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Kredit: Rose Aien Ramli