‘Ah! Nasi basi tu nanti letak saja kicap banyak-banyak, habis juga’ – Bekas chef kantin dedah murid dianiaya pengusaha kantin yang tidak bertanggungjawab

Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.
Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.
Nasi goreng – nasi lebihan semalam + nasi lemak lebihan semalam yang dah basi.


“Kak, dah basi tu.. kenapa campur?” saya cuba.
” Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak. Habis juga” katanya.
Astaghfirullah..
Mee goreng – dari plastik terus masuk kuali.

” Tak basuh dulu? Pahit nanti” saya cuba lagi.
“Letaklah kicap manis banyak-banyak.Oklah nanti” – katanya lagi.

Hmm…
Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru.
Saya masak macam masak untuk keluarga.
Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan.
Hati puas dan tenang.

Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng ‘campur’ dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan).
Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.

Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat.
Namun suapan pertama belum mampu ditelan apatah lagi suapan yang seterusnya.
Saya juga lihat,nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.

Kalau semuanya murah,jual murah juga ke?
Eh,taklah!
Harga sama macam di luar juga.

Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.

Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?
” Mestilah boleh,sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang,paling laku dan paling banyak untung!” – katanya.

Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.
Sebenarnya ini isu lama yang tak pernah lapuk sebab masih dan sedang berlaku. Bukan sahaja di kantin sekolah, malah di kantin hospital sekalipun.

Dalam banyak-banyak komen, ada satu komen lucu yang memarahi saya kenapa tidak terus buat aduan tetapi ceritakan di Facebook, buat apa? Malah saya dikatakan bersubahat.

Hahaha! Pandai betul buat lawak. Ini personal Facebook saya, itu cerita saya. Hehe!
Okeylah, saya kerja dua minggu saja di situ. Masa saya kerja itu, saya kerap juga berpesan kepada kawan-kawan, minta pesan pada anak-anak jangan beli nasi goreng dan mee goreng itu.

Kenapa tak report? Masa itu saya tak terfikir dan tak sempat nak pergi report sebab dah sibuk sangat bekerja di tmepat baru. Siang kerja, malam buat kuih jualan. Yang pasti, anak-anak saya berbekal ke sekolah.

Bila saya masak? Kan saya jual kuih, bawa sajalah kuih itu.
Sebelum pergi kerja, masak nasi dan lauk untuk bekal kerja dan anak balik sekolah tengah hari nanti. Kuncinya, nak buat dengan tak nak saja. Simple.

Bukan tiada pemantauan dari Guru Besar, tetapi tidak diendahkan pun. Guru Besar sesekali buat spotcheck, siap capai sehelai dua mee goreng. Takkan Guru Besar nak rasa semua menu, kan?

Itulah saya kata, kita tidak mampu nak menjaga semua tetapi kita cuma jaga bahagian kita sahaja. Tanggungjawab kita. Kita jangan harap setiap kemungkaran itu akan direport oleh orang lain. Memang mudah untuk mencari kesilapan orang.

Saya cuma nak mengajak ibu bapa sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah demi keselesaan anak-anak yang sedang menuntut ilmu.

Tidak perlu beratur, bersesak, mencari tempat duduk. Buang masa, malah kebanyakannya tak sempat habiskan makanan pun.

Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah.

Keluarga kenyang ,terjamin dan jimat.
In sha Allah.

Sumber : As MamaHasnur

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah