“Binatang Pun Sayang Anak” – Kejam! Bapa Kandung Sembur Racun Serangga Kerana Anak Tak berhenti Menangis

Oleh kerana tidak tahan mendengar tangisan anaknya, seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki yang berusia 2 bulan itu semata-mata untuk anaknya berhenti menangis.


Tidak cukup dengan itu, bapa kejam itu turut menampar muka bayi itu dan melambungnya dalam kejadian di Taman Pauh Indah, Arau, Jumaat lalu. Takde hati perut langung…

Menurut Berita Harian suspek, seorang pesawah berusia 39 tahun telah ditahan selepas menerima laporan berkaitan kejadian pada 11.30 pagi Jumaat lalu. Pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.

Malah, pihak hospital juga mengesan kecederaan pada belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui pada kepalanya.

Sumber: Berita Harian

Menurut sumber lagi, Ibu mangsa telah disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa.

Bapa kejam itu kini ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Manakala mangsa sedang dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Anak kan rezeki dari tuhan, kenapa buat anak sendiri macam tu…