Usianya masih 35 tahun, tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap suami yang sedang sakit akibat radang paru-paru, seorang wanita terpaksa berhenti kerja sejak empat bulan lalu.
Tugas tersebut bukan sesuatu yang mudah, malah Nor Diana Liza Hashim tiada kenderaan bagi membawa suaminya Radin Abu Bakar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Gambar pasangan tersebut tular di laman Facebook yang kelihatan wanita itu sedang menolak suaminya terlantar di atas troli katil ke sebuah klinik berdekatan.
Berapa berat mata mamandang,berat lagi si isteri menolak troli katil si suami,ke klinik untuk mendapatkan rawatan…
Posted by Parit Raja Ayer Hitam on Thursday, 26 September 2019
“Berapa berat mata mamandang, berat lagi si isteri menolak troli katil si suami ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan akibat paru-paru kronik.
“Kepada rakan rakan budiman yang ingin membantu, sila hulurkan sumbangan anda ke akaun 151427188355 Radin Abu Bakar (Maybank). Terima kasih,” tulis sebuah posting page di Facebook.
Menurut laporan mStar Online, suaminya yang berusia 38 tahun itu menghidap penyakit berkenaan sejak berusia 14 tahun namun semakin kritikal lebih setahun lalu.
“Bulan ini bantuan JKM agak lewat, saya terpaksa meminta bantuan warga Facebook,” kata Nor Diana Liza yang juga menjaga dua lagi anaknya.
Warganet rata-rata mendoakan agar suaminya dikurniakan kesembuhan dan segala urusan akan sentiasa dipermudahkan Allah SWT.