Amalkan Zikir Ini Semasa Anda Memasak Supaya Keluarga Bahagia, Tidak Bergaduh Dan Bahagia

Zikir ketika memasak untuk suami dan anak-anak boleh membahagiakan rumah tangga. Memang benar kata orang bahawa masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia walau ke mana saja kita pergi sebagai seorang anak pasti akan rindu masakan ibunya walau sekadar telur goreng kicap. Apakah keistimewaan masakan ibu agaknya?


Masakan ibu lebih sedap jika dimasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas seperti mana seorang ibu memasak untuk anak-anak dan suami yang dikasihinya. Malahan dikatakan lebih menyedapkan lagi masakan ibu adalah kerana zikir ketika memasak yang diamalkan ibu sejak dulu lagi.

Pasti ada ibu-ibu yang tahu zikir dan doa masuk dapur.

Seorang ibu membuat kerja rumah dan juga masak untuk keluarganya dibuat dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan keuntungan atau balasan, malahan semua itu dikatakan adalah tanggunjawabnya menjadikan semua tugas dan masakannya menjadi serta sangat sedap dimakan.

Inilah pengorbanan seorang ibu demi suami dan anak-anaknya yang menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh kasih sayang serta memasak untuk mengenyangkan keluarganya berbeza dengan tukang masak yang melakukan tugas itu demi keuntungan semata-mata.

Begitulah perbezaan seorang ibu berbanding dengan tukang masak. Malahan melalui masakan dan air tangan ibu, ibu juga boleh mendoakan apa saja yang baik-baik untuk anak-anaknya dan suami. Sebelum atau ketika memasak juga banyak ayat dan doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan dan kesejahteraan ahli keluarga, pengikat kasih sayang selain dapat memperbaiki hubungan kekeluargaan.

Nasi lemak antara masakan dan air tangan mak yang paling sedap.

Perkongsian dari Facebook berkaitan dengan ayat dan doa masuk dapur dan sebagainya seperti yang dikongsikan adab-adab memasak khas untuk ibu-ibu dan para isteri juga umumnya untuk mereka yang memasak.

Memasak ini sangat penting dan ada adab untuk memasak. Tok guru kita sangat-sangat jaga bab makan sampaikan tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun ada sebut bab ini.

Saya nak kongsi adab-adab memasak dari Kitab Mudzakarah Masturat. Sangat-sangat hebat mereka para-para isteri para jemaah dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak-anak.

Adab, Doa dan Zikir Ketika Memasak

  1. Berwuduk dan solat 2 rakaat
  2. Baca doa masuk dapur Surah Al Kahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.

  1. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.

  1. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.

  1. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.

  1. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

  1. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jam iaitu putaran tawaf

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah

  1. Doa potong sayur dan daging ayat Al Baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

  1. Doa basuh Sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

  1. Doa menghaluskan perencah: Surah Al Kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau anda tak mampu buat seperti ini, cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan Al-Quran, zikir dan jangan bercakap hal-hal dunia semasa memasak. Apatahlagi buka lagu-lagu ketika memasak. Tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak. Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan. Insya Allah.

Sila amalkan untuk keberkatan dalam keluarga. Insya Allah. Supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak terutamanya ibu dan isteri-isteri yang solehah.

Apabila masuk dapur amalkan dengan bacaan Bismillah untuk memulakan apa saja tugas dan kerja walaupun ingin memasukkan bahan ke dalam periuk, kuali dan apa saja yang berkaitan. Dengan ucapan Bismillah pastinya semuanya akan dipenuhi dengan keberkatan selain mengacau masakan ikut lawan arah jam seperti mana sunnah Rasulullah.

Sewaktu memasak juga boleh diamalkan dengan membacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman. Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Doa ini juga sangat mustajab yang boleh melembutkan hati suami dan anak-anak serta seluruh ahli keluarga anda jika sering mengamalkannya dengan ikhlas dan yakin. Zikir ketika memasak juga adalah penyedap masakan selain membasahkan lidah dengan bacaan doa serta selawat dan istighfar sepanjang proses memasak dan menyediakan makanan. Semoga bermanfaat.