Anak Hampir Mati Tercekik, Ibu Berang Restoran Masak Nugget Berintikan Facemask

Seorang kanak-kanak hampir maut selepas tercekik sehelai topeng muka yang dimakan daripada dalam nuget ayam.

Menurut ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Laura Arber berkata, beliau berang selepas menemui serpihan topeng muka dalam nuget yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.

“Anak saya mula tersedak dan bila saya masukkan jari dalam mulut untuk mengeluarkan dari kerongkongnya, saya dapati ada sesuatu berwarna biru.

“Saya fikir ia adalah nuget tapi bila tengok dalam kotak nuget saya dapat lihat banyak serpihan biru dalam nuget ayam lain.

“Ia dimasak bersama topeng muka. Ia jelas adalah topeng muka,” katanya.

Laura kemudian menghubungi restoran dan menjelaskan apa yang berlaku.

Pihak restoran yang dihubungi meluahkan rasa kesal sambil memohon maaf dan menawarkan bayaran ganti rugi selain siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca bagaimana produk itu boleh terjejas.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Pencapaian Saya Hari Ini Adalah Hadiah Untuk Mereka Yang Pernah Menjatuhkan Saya”