Anak Ketiga Ni Degil Tapi Berdikari, Untung Siapa Dapatnya!

Anak ketiga memang lain sikit perangainya berbanding dengan adik beradik yang lain. Dialah yang suka berahsia dan agak keras kepala.

Ada kalanya dialah yang selalu tidak pedulikan kata orang lain malah dia juga suka mengusik adik-beradik yang lain.

Ini dia beberapa sifat yang ada pada anak ketiga! Beruntung jika anda dapat mengenali lelaki seperti ini.

  1. Mudah Tersentuh

Anak ketiga ini walaupun dia nampak ceria tetapi sebenarnya dialah yang paling kerap menangis. Keadaannya yang terlalu peka dengan persekitarannya membuatkan hatinya mudah tersentuh.

  1. Kuat Mengusik Adik Beradik

Jika dinilai dari keakraban kekeluargaan anak ketigalah yang paling nakal dan kuat mengusik. Dia memang jarang ada dirumah, tetapi sekali dia ada habis semua yang dikacaunya.

  1. Rapat Dengan Kawan-Kawan Berbanding Keluarga

Jika diberi pilihan anak ketiga selalunya akan memilih kawan berbanding keluarga. Tetapi itu tidak bermaksud dia tidak ambil kisah tentang keluarganya ya!. Cuma dia lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawannya.

  1. Dalam Hati Ada Taman

Sekali imbas, dia kelihatan garang orangnya, tetapi percaya atau tidak sebenarnya dalam hati anak ketiga punyai ‘taman’?

  1. Suka Pendam Marah Dan Perahsia

Jika dihadapan orang ramai, dia akan kelihatan sungguh tenang dan ceria, tetapi disebaliknya dia menyimpan perasaan marah dan agak perahsia orangnya.

  1. Sifat Yang Manja

Walaupun dia sering kali memendam perasaan amarahnya, tetapi sebenarnya dia amatlah manja dan perlukan sedikit perhatian. Maklumlah orang yang hidup di tengah tengah ni selalunya dahagakan kasih sayang dan perhatian.

  1. Paling Berdikari

Anak ketiga adalah anak yang paling berdikari berbanding adik beradik yang lain. Kerana dia telah dilatih dari kecil untuk hidup di sendiri dan jangan harapkan orang lain.

Artikel Berkaitan   5 Pesan Prof Muhaya Bagi Yang Sedang Dalam Fasa Untuk Kea Rah Perkahwinan, Jangan Miss Perkara Ini