Inilah Akibatnya Suami Menipu Isteri Hanya Kerana Nak Makan Sedap, Beliau Tipu Nak Ke Rumahnya, Allah Bayar Cash

Akibat Menipu Isteri. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti tiada lagi sebarang rahsia di antara suami dan isteri. Bersikap jujur, bertolak ansur dan saling mempercayai pasti akan mengeratkan lagi hubungan rumah tangga ditambah dengan kasih sayang dan ikhlas menyayangi antara satu sama lain.


Walau bagaimanapun, ketua rumah tangga iaitu suami, terkadang ada juga kenakalan tersembunyi. Nak keluar atau makan best-best langsung tak mengajak anak isteri. Mungkin adakalanya lebih selesa seorang diri dan rela tanpa ditemani ahli keluarga sendiri sampai sanggup menipu tanpa memikirkan akibat menipu isteri.

Sejak mula berkahwin dan ketika akad nikah suami dah berjanji akan amanah.

Disebabkan itulah, suami sanggup menipu dan berbohong pada isteri hanya kerana nak makan sedap. Perkongsian daripada Cikgu Abdul Ghani Haron ini berkemungkinan akan memberi teladan atau pengajaran kepada semua golongan suami yang terkadang mementingkan diri sendiri.

Suami Terima Padah Akibat Menipu Isteri

Pagi kelmarin ketika selesai solat subuh, saya duduk termenung dengan beberapa jemaah di surau. Seorang bercerita.

“Kelmarin aku teringat nak makan mee kuah di Lahar Yooi. Jadi bila makan tengah hari, aku makan sikit sahaja. Selepas solat zohor, aku beri alasan pada orang rumah nak balik ziarah mak, sedangkan aku sebenarnya nak pergi makan mee.

Nak makan mee kuah punya pasal sampai sesat jalan.

“Kalau bagitahu yang sebenar, tentu dia nak ikut, jika dia ikut, balik nanti bimbang dia sakit pinggang kerana duduk atas seat motor kapcai buruk agak jauh.”

“Setelah bertolak beberapa lama, aku rasa macam tersesat jalan, sedangkan dah berkali-kali aku pernah pergi ke gerai mee itu. Berpatah balik, minyak motor pula hampir habis, jadi mencari kedai minyak pula sebelum mencari jalan ke gerai tersebut,akhirnya sampai juga ke gerai itu.”

“Tetapi alangkah hampanya, gerai itu tutup, tidak berniaga. Akhirnya balik ke rumah membuka tudung saji menghadap saki baki lauk yang tinggal.”

Kami yang diam mendengar dari tadi, gelak berdekah. Seorang berkata, “padan muka, berbohonglah lagi pada bini.” Disambut hilai tawa yang berderai.

Marilah kita mengambil iktibar sedikit dari kisah ini. Nampak seperti Allah menegur suami ini dengan menyebabkan dia sesat jalan, kehabisan minyak dan akhirnya gerai tidak buka.

Sebagai suami, sebaiknya semua rezeki dikongsi, dinikmati bersama. Jangan fikir perut sendiri sahaja, nafsu dan selera sendiri sahaja. Sesungguhnya perkahwinan ini satu perkongsian, maka berkongsilah segalanya, baik, susah, senang, pahit manis, bahagia dan membahagiakan.

Memang ada ketika boleh membohongi isteri terutama bagi tujuan baik.

Sabda Nabi Muhammad SAW;

قال النبى صلى الله عليه وسلمكل الكذب يكتب على ابن آدم إلا ثلاث , الرجل يكذب فى الحربِ , فإن الحربَ خدعة , والرجل يكذب على المرأة فيرضيها , والرجل يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما
رواه السَنَى : تحذيب أطراف الحديث الصفحة : 22 الجزء الثانى

Semua penipuan akan ditulis atas anak Adam melainkan 3 perkara:

Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. Kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya. Lelaki berdusta kerana muslihat di antara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

Berbohong dalam perkara baik sahaja seperti memuji isteri berpakaian cantik walaupun taklah cantik. Pada hadis lain disebut isteri juga boleh berdusta pada suami juga dengan tujuan baik.

Dari Ummu Kalsum binti Uqbah, ia berkata, “aku belum pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasaalam memberikan keringanan sedikit pun kepada seseorang untuk berdusta kecuali dalam tiga perkara.”

Suami yang baik dan bertanggungjawab pasti tidak tergamak menipu isteri.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Aku tidak menganggap berdusta seseorang yang mendamaikan manusia lalu ia mengatakan sesuatu dengan maksud mendamaikan, seseorang yang berbicara dalam (siasat) perang, dan seorang suami yang berbicara kepada isterinya atau isteri yang berbicara kepada suaminya” (HR. Abu Dawud).

Ringkasnya Nabi memberi keringanan boleh berdusta suami isteri untuk tujuan kebahagiaan rumahtangga, bukan untuk tujuan kepentingan diri atau muslihat buruk. Peluang suami atau isteri keluar rumah jangan disalahgunakan, manfaatkanlah untuk diri tanpa mengabaikan mereka yang di rumah. Jika boleh berkongsi bersama itu lebih baik.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir. Sesungguhnya Allah tidaklah melepaskan manusia ke dunia ini bagai melepas haiwan peliharaan dipadang, lalu tidak dipedulikan, tetapi Allah tetap memerhati, memantau, menegur, menguji dan akhirnya menghalau balik ke pangkuan-Nya.

Kisah di atas satu contoh bagaimana Allah menegur hambanya. Wallahu’alam. –  Penulis : Abd Ghani Haron

Seorang isteri pasti amat menyayangi suaminya dengan ikhlas dan tidak berbelah bagi sehingga sanggup mengikut segala apa saja arahan suami ke arah kebaikan. Jika isteri tidak bermasalah, mengapa suami sanggup menipu isteri sendiri?

Ikuti penerangan dari Ustaz Kazim Elias tentang mengapa suami tidak boleh menipu isterinya.

Semoga perkongsian tentang akibat menipu isteri, seorang suami menerima padahnya  selepas berbohong kepada isteri, boleh dijadikan pengajaran kepada semua golongan suami di luar sana agar tidak terus berbohong dan menipu isterinya. Semoga bermanfaat.