Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin-Resipi Sup Bayam Mudah…

Anak tak suka makan sayur? Sudah puas dipujuk tapi hasilnya tetap gagal. Jadi, apa kata ibu-ibu jom cuba buatkan sup bayam ini.


Resipi sup bayam ini telah dikongsikan oleh seorang influencer di laman sosial Instagram. Sup ini dikatakan mampu membuat anak-anak makan berselera.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup ringkas. Jika ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah ini.

RESEPI SUP BAYAM MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 ikat bayam
  • Udang yang dikupas kulit
  • 1 biji kuning telur
  • 11 cawan air
  • Bawang putih cincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar stok ayam serbuk

Cara-cara:

1. Hiris halus sayur bayam, buang batang yang besar dan keras. Ambil daun dan bahagian batang yang kecil dan lembut sahaja.

2. Kemudian, hiris nipis daun bersama batang yang lembut.

sup bayam

3. Cincang kasar udang. Kemudian masukkan 1 biji telur kuning telur dan perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.

4. Dalam periuk besar, tumis bawang putih yang sudah dicincang sehingga harum dan keemasan. Kemudian masukkan 10 hingga 11 cawan air dan biarkan ia mendidih.

5. Seterusnya, masukkan bayam dannbiarkan ia mendidih lagi sehingga bahagian tepi mula menggelegak (ada buih).

6. Apabila sudah menggelegak, kaupkan 1 sudu adunan udang. Buat beberapa biji sehingga adunan habis.

sup bayam

7. Kemudian, perasakan sup dengan 1 sudu besar sos ikan, 1 sudu besar stok ayam serbuk dan 1 sudu kecil garam. Kacau perlahan supaya ketulan udang tidak hancur.

8. Masak sehingga ketulan udang tadi terapung ke permukaan. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

sup bayam

Kredit: gaming_foodie (instagram)