
Semalas-malas pun anda, jangan sesekali abaikan kebersihan di rumah atau tempat tinggal anda. Kebersihan persekitaran menjamin kehidupan yang lebih sihat. Memiliki kehidupan yang sihat pula penting untuk menjalani kehidupan seharian.Bahaya ‘Tompok Kehitaman’ Yang Muncul Di Dinding Dan Siling Rumah
Bila kali terakhir anda memeriksa keadaan di rumah anda dan apa-apa yang berubah atau pelik dari dulu? Jika anda lihat maklumat anda, ada banyak faktor yang menentukan sama ada boleh menjalani kehidupan dengan baik atau menjadi punca kepada penyakit-penyakit tertentu.
Salah satu perkongsian berguna daripada Public Health Malaysia mencuri perhatian netizen mengenai tompok hitam kelabu yang muncul di dinding di siling rumah atau mana-mana bangunan. Mungkin ada yang dianggap tompok-tompok ini adalah debu-debu atau kotoran biasa tetapi mereka tersilap!
Tompokan hitam kelabu tersebut adalah kulat yang menjadi punca kepada masalah batuk.
Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembap akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh menyebabkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh menyebabkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti asma.
Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan memperbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.