Banyak Khasiat Air Telang Selasih Lemon Antaranya Boleh Sejukkan Badan & Redakan Sembelit

Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Ketinggiannya mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.

Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan.

Berikut perkongsian daripada Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.
‎لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله

Setiap kejadian ada ‘hadiah’ Allah nak bagi di penghujungnya.

RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON

  • bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
  • biji selasih 1 sudu makan
  • air suam
  • optional lemon/peach/pear/epal/dragon bagi yang pass

Air ini remedies sejukkan badan, redakan refluks, redakan batuk, redakan sembelit, redakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd…Bosan kan x de air nak minum, boleh minum air ni…x mahal, x susah, natural.

Sumber kredit: Dhia Raihana Aryan