Bapa Gembira Dapat Bayi Baru Meraikan Dengan Buat Karipap Besar Sebenar Saiz Bayinya

Seorang bapa meraikan kelahiran anaknya dengan cara yang cukup berbeza apabila beliau menghasilkan karipap gergasi sebesar seorang bayi.

Tim Fuge, 33 dari Liskeard, Cornwall England mengambil masa 2 jam untuk menyiapkan karipap berintikan daging, bawang dan kentang, menyamai saiz anaknya yang baru lahir 2 minggu, Jowan.

Bapa tiga anak ini mencari resipi dan cara membuat karipap menerusi carian Internet dan berjaya menghasilkan karipap berkenaan yang mempunyai berat 2.8 kilogram!

Menurut Tim, cabaran yang paling sukar buat dirinya untuk menghasilkan karipap gergasi ini adalah mendapatkan dulang yang bersesuaian dengan saiz karipap itu.

Karipap hasil ciptaan Tim ini berjaya membuatkan dua anak lelaki dan isterinya merasa teruja. Mereka dilaporkan berjaya menghabiskan karipap itu 19 jam kemudian.

Apa yang anda buat sepanjang duduk rumah ini? Share jom!

kredit era