Bapa Saudara “Neraka” Tikam Anak Saudaranya Dengan Pisau Di Bahagian Dada Hanya Mengangguk Sahaja Ketika Dibaca Tuduhan

KEMAMAN – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak saudaranya yang berusia 3 tahun, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Safuan Ramli, 26, dari Felda Cherul di sini mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Mohd Safuan didakwa membunuh Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, di sebuah rumah di Felda Cherul 2 di sini kira-kira jam 1 tengah hari pada 27 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 8 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad manakak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 27 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam bapa saudaranya dengan pisau pemotong sayur di bahagian dada dalam kejadian di Felda Cherul 2.