Baru Habis Clubbing, Gadis Ini Memandu Dalam Keadaan Mabuk Dan Melanggar Seorang Pekerja Majlis Bandaraya

Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk semakin kerap berlaku sehingga ada yang menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Terbaru, seorang pekerja kontrak pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita mabuk.

Dalam kejadian awal pagi di Jalan Anson, Georgetown itu, mangsa yang sedang bertugas dirempuh dari arah belakang menyebabkan kakinya tersepit di antara kereta dan lori sampah.

Menurut sumber orang awam, pemandu wanita itu dikatakan baru pulang dari kelab malam dalam keadaan yang mabuk.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan wanita itu yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kecederaan parah pada orang lain.

Netizen mahu pihak berkuasa bertindak tegas ke atas pemandu mabuk ini dengan menarik balik lesen dan memberikan hukuman yang berat kepada mereka.

Artikel Berkaitan   Korang Perasan Tak Kadang-Kadang Macam Ada Benda Terapung Kat Mata Kita, Bila Kita Cuba Fokus Ia Hilang”