Barulah Jadi Menantu Pilihan!,Cara Potong Ayam Step By Step…

Setiap hari kalau masak menu ayam tapi tak tahu cara potong ayam secara asas, malu beb. Nak pula kalau potong ayam dekat pasar raya tapi kena tunggu beratur dan tunggu lama.


Untuk jimatkan masa korang beli barang dekat pasar raya, jom kita belajar step by step cara potong ayam menerusi perkongsian dari peniaga ini yang dikenali sebagai Krbooyy Asnizam II.

Jadi, tak payah risau dah kalau lepas ini tak pandai potong ayam. Ikut je langkah-langkah dalam ini, mesti boleh terus ada skill dah. Mak mertua pun tak fening-fening dah. Hiks!


Cara potong ayam secara asas, potong 14

Pastikan sebelum potong, kena semak dulu:

  • Ayam dah disembelih secara sah dan halal
  • Pisau kena tajam. Lagi besar dan berat, lagi bagus.

1. Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan paha.

2. Bila dah potong, tarik ayam hingga menjadi dua bahagian. Ambil bahagian kaki seperti dalam gambar dan potong kepada dua.

3. Ini hasilnya.

potong ayam

4. Potong antara bahagian paha dan atas paha (tight) di bahagian sendi.

5. Potong dua bahagian atas paha (tight).

6. Ambil ayam bahagian atas pula dan tarik keluar isi dan kosongkan badan ayam.

7. Potong menjadi dua bahagian.

potong ayam

8. Ambil bahagian kepak pula dan potong. Bahagian ini ada banyak isi. Mudah untuk korang potong. Kelar dahulu ikut saiz yang diingini kemudian kelar sampai tulang dalam. Dah kelar, baru hentak sedikit supaya ayam mudah putus. Ulang proses ini untuk bahagian kepak lagi sebelah.


Tip Tambahan

Nak elakkan hempedu pecah, tarik dari bahagian paling dalam. Pastikan jari telunjuk masuk ke dalam sekali. Ibu jari kepit dari atas dan tarik.

InsyaAllah hempedu tadi takkan pecah. Belajar potong jangan sampai terpotong jari pula ye~