Bayi ini lahir dengan empat tangan dan kaki telah menjadi ‘selebriti’ tempatan kerana penampilannya yang aneh

Bayi yang masih belum didedahkan jantinanya telah menjadi ‘selebriti’ tempatan kerana penampilannya yang unik. Penduduk tempatan percaya bahawa bayi yang dilahirkan dengan empat tangan dan kaki itu adalah jelmaan tuhan. Ibu bayi berkenaan sentiasa dikunjungi pelawat di Hospital Sadar, timur India, sejak dia bersalin pada Selasa 17 Januari 2022.


Rakaman video menunjukkan bayi itu dikelilingi oleh penduduk yang terpesona ketika mereka mengambil gambarnya. Bayi berkenaan dilihat sedang berehat di atas riba ibu sambil duduk tegak di atas katil hospital.

ramai yang percaya bahawa keadaan bayi itu berkaitan dengan agama, doktor mengesahkan kecacatan kelahiran itu disebabkan komplikasi kehamilan.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Uttar Pradesh, utara India turut mendapat perhatian orang ramai susulan dia sejak lahirnya mempunyai belalai.

Lakshimi dianggap sebagai Tuhan Hindu selepas penduduk tempatan percaya bahawa kanak-kanak itu adalah jelmaan Tuhan Ganesha.

Dia pada awalnya menimbulkan ketakutan di kalangan kanak-kanak lain ekoran penampilannya. Namun, dia menjadi popular selepas belalainnya dibuang melalui pembedahan. Pada hari perayaan, gadis kecil itu ditawarkan pelbagai hadian dan wang, malah orang ramai juga memohon restu daripadanya.

Pada awalnya, dia mahu dia menjalani kehidupan yang normal tanpa melakukan pembedahan. Namun doktor menasihatkan mereka untuk menunggu bayi itu meningkat dewasa supaya doktor boleh melihat sama ada pembedahan kosmetik boleh membantu memulihkan wajah kanak-kanak itu.

Difahamkan, keluarga kanak-kanak itu tidak mampu melakukan pembedahan susulan dan kini dalam proses mencari bantuan kewangan.

Sumber: Daily Star